Mswati III
Mswati III

Mswati III

Mswati III (diputerakan dengan nama Putera Makhosetive pada 19 April 1968) ialah Raja Swaziland (atau dalam bahasa siSwati, Ingwenyama), dan ketua Kerabat Diraja Swazi. Baginda menggantikan paduka ayahandanya Raja Sobhuza II yang telah mangkat. Raja Mswati diputerakan di Manzini,[1] dan merupakan anakanda tunggal bondanya Ntombi Tfwala. Putera Makhosetive dimahkotakan sebagai Mswati III, Ingwenyama dan Raja Swaziland pada 25 April 1986 pada umur 18 tahun, dan menjadi raja termuda di dunia ketika itu. Bersama ibunya Ntombi, kini Bonda Ratu (Indlovukazi), baginda memerintah sebagai seorang raja mutlak. Raja Mswati III dikenali kerana mengamalkan poligami (walaupun sekurang-kurangnya dua isteri ditentukan oleh negara) dan ketika ini memiliki 15 permaisuri.[2]

Mswati III

Pemerintahan 25 April 1986 – kini
Ayahanda Sobhuza II
Pasangan 15 permaisuri serentak
Bonda Ntombi
Kerabat Kerabat Dlamini
Ndlovukati Ntombi Tfwala
Anakanda 24 anakanda
Kemahkotaan 25 April 1986
Didahului oleh Sobhuza II
Keputeraan (1968-04-19) 19 April 1968 (umur 51)
Raleigh Fitkin Memorial Hospital, Manzini, Swaziland
Perdana Menteri